ASSALAMUALAIKUM…SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA ….SELAMAT MELAYARI PORTAL RASMI SMK. SULTAN MUHAMMAD SHAH, PARIT, PERAK. SEMOGA ANDA MEMPEROLEH MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN…TERIMA KASIH
LAMAN WEB INI DALAM PROSES
PENAMBAHBAIKAN
HARAP MAKLUM !

BICARA PENGETUA




HJ. AZMAN BIN AMRAN
Pengetua
SMK. Sultan Muhammad Shah, Parit
Perak Darul Ridzuan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera. 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. dan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk membarisi sepatah dua kata dalam ruangan ini.

Sesungguhnya arus perubahan yang berlaku di Malaysia menjadikan proses mendidik murid-murid semakin mencabar dan kompleks. Justeru, matlamat utama pendidikan masa kini adalah untuk membentuk generasi yang mampu menangani cabaran pesat dalam pembangunan. Pada masa yang sama para guru juga harus membantu murid agar dapat mengimbangi kesejahteraan mental dan emosi yang boleh menjurus kepada pembentukan tigkah laku yang positif dan sihat. Matlamat tersebut boleh dicapai seandainya para guru hari ini sedar akan segala perubahan yang berlaku dan memahami bahawa gelombong perubahan tersebut memerlukan penyesuaian dalam pelbagai aspek termasuk tanggungjawab, beban tugas, pengetahuan dan kemahiran yang perlu ditingkatkan, serta peranan yang harus dimainkan.

Kini peranan guru sebagai agen perubahan dan penjana modal insan memerlukan tanggungjawab dan komitmen yang tinggi. Sebagai warga pendidik adalah menjadi harapan dan impian untuk memartabatkan bidang pendidikan agar pembaharuan dan perubahan yang dibuat adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Harapan saya agar semua warga sekolah dapat mengimplimentasikan Pendidikan Abad ke-21 dengan membudayakan KBAT, Frog VLE, i-think serta  PLC dan pelbagai pembaharuan dalam sistem pendidikan yang menggunakan kaedah secara online.

Transformasi pendidkan kini melangkah ke gelombang seterusnya sudah tentu mencabar kewibawaan guru dalam usaha mendidik generasi kini. Keadaan ini sudah pasti membawa kepada tugas guru yang semakin berat dan kompleks. Oleh yang demikian, warga pendidik harus mengharungi zaman ini dengan bijak dan berhikmah dalam memupuk dan menguruskan perubahan sikap dan tingkah laku murid-murid bermula dalam bilik darjah selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara.

Saya berharap dalam era transformasi dan menuju ke era Transformasi Nasional 2050 (TN50) ini, kita dapat melaksanakan prinsip kerja untuk memaksimumkan impak dalam bentuk keberhasilan kerja aras cemerlang berteraskan pengetahuan, latihan, usaha dan semangat berpasukan. Saya juga berharap guru-guru dapat bekerja dengan lebih efisien bagi melahirkan pendidkan yang berkualiti dalam usaha membangunkan pendidikan secara holistik.

Kata  orang “Muafakat membawa berkat”, Saya sentiasa terbuka sekiranya ada sebarang cadangan untuk penambahbaikan.Saya penuh yakin, apa yang sedang dilaksanakan di SMKSMS adalah ke arah mereaisasikan 6 aspirasi murid, 5 aspirasi sistem, melalui 11 anjakan sebagaimana yang digariskan dalam PPPM (2013-2025)

Kepada murid-murid pula, yakinlah bahawa sekolah merupakan tempat untuk kita membuat perhitungan terhadap masa depan. Slogan "Kejayaan seseorang bermula dari rumah dan sekolah" perlulah dihayati. Taati perintah Allah, hormati ibu bapa dan guru-guru, serta sentiasa mematuhi disiplin merupakan resepi yang penting untuk kita bertindak membentuk masa depan yang lebih cemerlang dan gemilang. Belajarlah dengan rajin, tekun dan amanah. Sesungguhnya, tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Perjuangan itu pahit, tetapi hasilnya adalah buah yang manis bagi mereka yang menghayati erti perjuangan.

Akhir sekali saya berharap semua warga sekolah dapat melaksanakan  program yang dirancang dengan lebih hebat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pastikan strategi kita betul dan sasaran kita tepat supaya SMKSMS dapat meraih kecemerlangan dalam semua bidang. Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.


________________________________________________________________