ASSALAMUALAIKUM…SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA ….SELAMAT MELAYARI PORTAL SMK. SULTAN MUHAMMAD SHAH, PARIT, PERAK. SEMOGA ANDA MEMPEROLEH MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN…TERIMA KASIH
LAMAN WEB INI DALAM PROSES
PENAMBAHBAIKAN
HARAP MAKLUM !

SINGLE-SIGN-ON (SSO) KPM


Apa itu SSO?

1.0 Pengenalan
1.1 Definisi SSO 
Single sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang  berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang  pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem. 

1.2 Objektif 
Objektif SSO adalah untuk:
membolehkan pengguna mengakses semua sistem Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah diberi kebenaran akses kepadanya dengan hanya menggunakan satu login ID dan password.

1.3 Kumpulan pengguna
Pengguna yang diberi kebenaran untuk menggunakan kemudahan SSO adalah pengguna KPM. Sebagai langkah keselamatan, hanya pengguna yang berdaftar menggunakan nombor  kad pengenalan (no KP) sahaja akan dapat menggunakan kemudahan ini. Semua ID yang menggunakan kod sekolah, kod PPD atau kod JPN tidak akan dapat menggunakan kemudahan ini. KPM akan terus mengemaskinikan senarai sistem yang dibangunkan SSO dan memaklumkan pihak sekolah dari semasa ke semasa.

1.4 URL SSO
URL untuk SSO KPM ialah: https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php

1.5 Maklumat penting bagi penggunaan SSO
a) Pengguna boleh mendaftar masuk melalui eOperasi, eMIS dan APDM.

b) SSO sesuai digunakan menggunakan browser Google Chrome, Mozilla Firefox  atau Internet Explorer versi 10 dan resolusi skrin 1024 x 768 pixels.

c) Pengguna perlu log out (log keluar) dari modul-modul setelah  masuk ke modul-modul tersebut (terutama menggunakan PC atau komputer yang dikongsi dengan orang lain),

d) Pengguna juga perlu log out (log keluar) dari laman utama sps (sso) setelah menggunakan perkhidmatan ini. (terutama menggunakan PC atau komputer yang dikongsi dengan orang lain).

2.0 Cara DAFTAR & LogIn
Log in : https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php
SSO Single-Sign-On Kementerian Pelajaran Malaysia KPM - See more at: http://www.sistemguruonline.my/2015/11/sso-single-sign-on-kementerian.html#sthash.VToE81QA.dpuf
SSO Single-Sign-On Kementerian Pelajaran Malaysia KPM - See more at: http://www.sistemguruonline.my/2015/11/sso-single-sign-on-kementerian.html#sthash.VToE81QA.dpuf