ASSALAMUALAIKUM…SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA ….SELAMAT MELAYARI PORTAL SMK. SULTAN MUHAMMAD SHAH, PARIT, PERAK. SEMOGA ANDA MEMPEROLEH MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN…TERIMA KASIH
LAMAN WEB INI DALAM PROSES
PENAMBAHBAIKAN
HARAP MAKLUM !

TEMA & LOGO HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2015


Logo rasmi Hari Kemerdekaan 2015

Tanggal 31 Ogos 2015 merupakan ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia ke 58. Pada tahun ini "Sehati Sejiwa" dipilih menjadi tema hari kemerdekaan yang  mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia.

Pada tahun ini juga, sambutan kemerdekaan negara Malaysia tidak lagi menggunakan ungkapan "Hari Kemerdekaan ke 58"  tetapi hanya "Hari Kemerdekaan 2015"  untuk menyeragamkan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya adalah pada tarikh 16 September 1963 (Hari Malaysia) manakala 31 Ogos 1957 hanya melibatkan Semenanjung sahaja.

Tema Rasmi Sambutan Hari Kemerdekaan 2015 - Sehati Sejiwa
"Sehati Sejiwa" bermaksud bersatu hati dalam perpaduan antara negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. "Sehati Sejiwa" juga turut membawa maksud bersama saling memahami dan membantu antara satu sama lain.