ASSALAMUALAIKUM…SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA ….SELAMAT MELAYARI PORTAL RASMI SMK. SULTAN MUHAMMAD SHAH, PARIT, PERAK. SEMOGA ANDA MEMPEROLEH MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN…TERIMA KASIH
LAMAN WEB INI DALAM PROSES
PENAMBAHBAIKAN
HARAP MAKLUM !

KENYATAAN MEDIA PENANGGUHAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI SYARAT WAJIB LULUS DAN PEPERIKSAAN PUSAT AMALI SAINS BAGI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2016

KENYATAAN MEDIA  
PENANGGUHAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS 
SEBAGAI SYARAT WAJIB LULUS DAN PEPERIKSAAN PUSAT AMALI SAINS  
BAGI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2016
    
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat wajib lulus dan Peperiksaan Pusat Amali Sains bakal dilaksanakan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai Tahun 2016. Pelaksanaan tersebut bertujuan melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan.  
 
Penangguhan bagi syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris ini dilakukan untuk memberi ruang dan peluang kepada guru, murid serta pihak berkaitan dalam membuat persediaan yang lebih rapi.  
 
Penangguhan Peperiksaan Pusat Amali Sains mata pelajaran Physics (Kod 4531), Chemistry (Kod 4541), Biology (Kod 4551) dan Additional Science (Kod 4561) pula bertujuan untuk memastikan fasiliti dan kelengkapan bilik makmal sains sekolah di seluruh negara mencapai piawai yang ditetapkan sebelum peperiksaan tersebut dilaksanakan.  
 
Kementerian Pendidikan Malaysia berharap agar semua pihak yang berkaitan mengambil maklum berkenaan penangguhan ini.    
 
Lembaga Peperiksaan Kementerian 
Pendidikan Malaysia    
Ogos 2015