ASSALAMUALAIKUM…SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA ….SELAMAT MELAYARI PORTAL SMK. SULTAN MUHAMMAD SHAH, PARIT, PERAK. SEMOGA ANDA MEMPEROLEH MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN…TERIMA KASIH
LAMAN WEB INI DALAM PROSES
PENAMBAHBAIKAN
HARAP MAKLUM !

BANTUAN KHAS HARI RAYA 2014

Kerajaan bersetuju memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 1 hingga gred 54 sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bantuan khas itu turut dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai perkhidmatan mereka dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.
"Pembayaran akan dibuat pada 15 Julai ini," .
.
Bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta.
.
"Kerajaan berharap dengan bayaran bantuan khas kewangan ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran," kata Perdana Menteri.
.
Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam.
.
Presidennya, Azih Muda berkata, pemberian bantuan itu yang turut dinikmati oleh pesara kerajaan dengan jumlah bayaran RM250 menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap peningkatan kos sara hidup di negara ini.
.
Malah katanya, pemberian tersebut sekali gus menunjukkan tanda penghargaan kerajaan terhadap dedikasi penjawat awam serta pesara kerajaan.
.
"Pemberian bantuan khas kewangan itu memang sungguh bermakna khasnya kepada penjawat awam sekali gus mampu membantu mereka dalam persiapan untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
.
Azih turut berharap penjawat awam dan pesara kerajaan akan menggunakan pemberian bantuan khas itu dengan sebaik-baiknya.
.
"Saya berharap kakitangan kerajaan akan memberi lebih komitmen serta meningkatkan integriti dalam melaksanakan tugas dan perkhidmatan kepada kerajaan dan rakyat," katanya. --Utusan