ASSALAMUALAIKUM…SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA ….SELAMAT MELAYARI PORTAL SMK. SULTAN MUHAMMAD SHAH, PARIT, PERAK. SEMOGA ANDA MEMPEROLEH MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN…TERIMA KASIH
LAMAN WEB INI DALAM PROSES
PENAMBAHBAIKAN
HARAP MAKLUM !

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DIKAJI SEMULA - TPM


PUTRAJAYA 11 Feb. - Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian tersebut perlu dilakukan ekoran terdapat pelbagai masalah dihadapi dalam melaksanakan PBS.
"Bagaimanapun semua guru masih perlu menjalankan sistem penilaian tersebut namun di pihak kementerian kita akan mengkaji berikutan aduan yang diterima.
"Sama ada PBS ini akan ditangguh atau diteruskan akan diputuskan dalam satu mesyuarat yang akan diadakan dalam masa terdekat," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE