ASSALAMUALAIKUM…SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA ….SELAMAT MELAYARI PORTAL RASMI SMK. SULTAN MUHAMMAD SHAH, PARIT, PERAK. SEMOGA ANDA MEMPEROLEH MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN…TERIMA KASIH
LAMAN WEB INI DALAM PROSES
PENAMBAHBAIKAN
HARAP MAKLUM !

PMR AKAN DITAMBAH BAIK, BUKAN LAGI PEPERIKSAAN PUSAT MULAI TAHUN DEPAN


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan menambah baik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai tahun depan dan tidak akan memansuhkannya, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Beliau berkata penambahbaikan akan mengambil kira penilaian kognitif, perkembangan jasmani, emosi dan rohani pelajar. 

"Penilaian di peringkat menengah rendah masih dilaksanakan, tetapi bukan dalam bentuk peperiksaan pusat.

"Penilaian akan dilaksana merangkumi empat komponen iaitu pentaksiran sekolah, pentaksiran pusat, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik," katanya menjawab soalan Datuk Sapawi Ahmad Wasali (BN-Sipitang) pada sesi soal-jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjelaskan perkara yang akan ditaksir adalah mengenai pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan nilai yang menjurus kepada pentaksiran profil, pencapaian, perkembangan dan penyertaan pelajar.

Yap berkata perkara itu terkandung dalam Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bilangan Dua 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun 2012.

Beliau berkata pelaksanaan pentaksiran juga memberi autonomi kepada guru untuk melaksana pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah dan memberi pengiktirafan kepada sumbangan guru dalam pencapaian pelajar.  - BERNAMA