ASSALAMUALAIKUM…SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA ….SELAMAT MELAYARI PORTAL RASMI SMK. SULTAN MUHAMMAD SHAH, PARIT, PERAK. SEMOGA ANDA MEMPEROLEH MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN…TERIMA KASIH
LAMAN WEB INI DALAM PROSES
PENAMBAHBAIKAN
HARAP MAKLUM !

MENSYUKURI NIKMAT KEAMANAN, KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN



Keamanan adalah anugerah tuhan dan merupakan satu nikmat yang tinggi nilainya dalam kehidupan manusia sama ada di peringkat individu, masyarakat atau bernegara. Dalam sejarah ketamadunan manusia sendiri telah menunjukkan betapa nikmat keamanan memberi kesan untuk kesejahteraan dan kemakmuran hidup di dunia.

Anugerah keamanan mestilah disyukuri dan dipertahankan dengan bersungguh-sungguh oleh seluruh warganegara. Dalam konteks kesyukuran terhadap nikmat hidup di bumi Malaysia ini, secara realitinya kita dapat bandingkan dengan negara-negara lain di dunia yang sentiasa terdedah kepada pelbagai ancaman seperti bencana banjir, gempa bumi, kemarau, letupan gunung berapi, ribut taufan, peperangan, rusuhan, kelaparan serta kemiskinan. Sejarah telah membuktikan runtuhnya tamadun umat-umat terdahulu kerana kekufuran dan kezaliman yang telah dilakukan oleh mereka sendiri. Golongan ini tidak mensyukuri nikmat keamanan yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Di negara Malaysia, dengan nikmat keamanan ini rakyat dapat hidup dengan sejahtera, aman damai, serta dapat melakukan proses pendidikan sepanjang hayat tanpa rasa takut untuk ke sekolah, ke tempat kerja, ke masjid dan sebagainya. Kita juga dapat melakukan ibadat kepada Allah SWT dengan sempurna sepanjang masa, dan hidup bermasyarakat dengan mengamalkan sistem muamalat dan munakahat secara teratur tanpa ada kekacauan. Dengan keamanan yang dikecapi ini juga, kita juga mendapat peluang kerjaya yang begitu luas sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta.

Lihatlah berapa ramai rakyat negara asing yang datang ke negara ini semata-mata untuk mencari pekerjaan dan memperoleh pendapatan yang lumayan. Kita juga bebas daripada wabak penyakit disebabkan sistem pengurusan kesihatan yang amat baik.  Rakyat negara kita juga bebas bergerak ke mana-man saja sama ada siang atau malam tanpa berasa takut untuk melaksanakan pelbagai urusan kehidupan.

Kini, kerajaan sedang dan terus melakukan pelbagai program transformasi yang akan menjamin masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat. Perubahan dan pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan telah menampakkan  hasil yang amat memberangsangkan. Justeru, kita mesti terus menyokong usaha yang sedang dilakukan kerajaan agar kesejahteraan dan kemakmuran hidup dapat diteruskan di bumi Malaysia yang tercinta ini.