ASSALAMUALAIKUM…SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA ….SELAMAT MELAYARI PORTAL SMK. SULTAN MUHAMMAD SHAH, PARIT, PERAK. SEMOGA ANDA MEMPEROLEH MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN…TERIMA KASIH
LAMAN WEB INI DALAM PROSES
PENAMBAHBAIKAN
HARAP MAKLUM !

SALAM NUZUL AL-QURAN 1433H


Kira-kira 1398 tahun yang lalu, turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W. pada tanggal 6 Ogos, 610, bersamaan 17 Ramadan, tahun ke-41 keputeraaan Baginda Nabi Muhammad SAW. Al Quran diturunkan pada malam jumaat di Gua Hira. Ayat di bawah merupakan ayat pertama yang diturunkan kemudian berperingkat-peringkat sehinggalah terkumpulnya 6,666 ayat dalam Al Quran. 

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-‘Alaq:1-5)

Al-Quran diturunkan di Gua Hira. Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan Al-Quran adalah benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi. Al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil. Al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Sejauh mana kita mengambil peringatan yang sedia ada.