ASSALAMUALAIKUM…SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 MALAYSIA ….SELAMAT MELAYARI PORTAL SMK. SULTAN MUHAMMAD SHAH, PARIT, PERAK. SEMOGA ANDA MEMPEROLEH MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN…TERIMA KASIH
LAMAN WEB INI DALAM PROSES
PENAMBAHBAIKAN
HARAP MAKLUM !

BANTUAN KHAS RM500 SEMPENA AIDILFITRI

Penjawat Awam Dapat Bantuan Khas RM500, Pesara RM250 Sempena Aidilfitri

PUTRAJAYA,2 Jun (Bernama) -- Kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017.

Kementerian Kewangan yang mengumumkannya hari ini berkata bantuan khas itu juga akan turut dinikmati hampir 775,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun," kata kementerian itu dalam kenyataan hari ini,

Kementerian Kewangan berkata bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.....BERNAMA

FORUM HARI GURU


SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI PERAK 2017



     Aktiviti : Majlis Pra Pelancaran Hari Guru Dan Jelajah Terima Kasih Cikgu Peringkat Negeri       Perak 2017
     Tarikh : 2 Mei 2017 ( Selasa)
     Tempat : SMKA Sultan Azlan Shah


     Aktiviti : Forum Perkongsian Amalan Terbaik Guru dan Pemimpin Sekolah
     Tarikh : 9 Mei 2017 (Selasa)
     Tempat : D'Hotel, Seri Iskandar


     Aktiviti :Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil Perdana Peringkat Negeri Perak
:Khutbah Jumaat Sempena Hari Guru 2017
     Tarikh : 11 Mei 2017 (Khamis)
: 12 Mei 2017 (Jumaat)
     Tempat : Masjid Daerah Perak Tengah


     Aktiviti :Lawatan dan kunjungan hormat untuk guru-guru yang bermasalah dan bantuan kebajikan kepada guru-guru yang memerlukan
     Tarikh : 2 hingga 11 Mei 2017




     Aktiviti : FIT GURU
     Tarikh : 13 Mei 2017 (Sabtu)
     Tempat : Dataran D' Mall Seri Iskandar


     Aktiviti : Kempen Derma Darah sempena Sambutan Perayaan Hari Guru
     Tarikh : 17 Mei 2017 (Rabu)
     Tempat : Dewan SMK Dato Abdul Rahman Yaakub


     Aktiviti : Pameran Interaktif dan Paparan Wadah Satu PPD Satu Kehebatan Paparan wadah   (showcase) Hasil Kejayaan Guru, Kesatuan Guru, Murid, Jabatan Kerajaan dan Swasta  (Sektor Penilaian & Peperiksaan, Sektor Jaminan Kualiti dan PPD Perak Tengah)
     Tarikh : 22 Mei 2017 (Isnin)
     Tempat : Dewan Seri Iskandar, UITM Seri Iskandar


     Aktiviti : Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2017
     Tarikh : 22 Mei 2017 (Isnin)
     Tempat : Dewan Seri Iskandar, UITM Seri Iskandar


DAULAT TUANKU